terkini di pejabat-pejabat di sri aman

Isnin, 3 Disember 2007

Fungsi Jabatan Tanah Dan Survey

Fungsi mengikut cawangan dalam jabatan:

Cawangan Survei:
Menubuhkan rangkaian kawalan survei di seluruh Negeri Sarawak

Menjalankan pengambilan fotoudara, menyelaras dan mengeluarkan peta-peta topografi dan tematik Negeri; dan

Menjalankan survei kadastra dan topografi, komputasi survei dan 'charting'


Cawangan Tanah:
Mentadbir tanah supaya ia digunakan secara berkesan dan menguntungkan samada dalam bidang politik, sosial, undang-undang maupun ekonomi;

Mengawal pemberimilikan Tanah Kerajaan;

Mengurus dan mengawal kegunaan tanah;

Pendaftaran dan urusan tanah;

Perlesenan aktiviti perlombongan; dan

Punggutan hasil tanah.


Cawangan Perancangan:
Merancang dan mengawal pembangunan mengikut prinsip-prinsip perancangan bandar dan desa;

Mengurus dan memantau perlaksanaan projek-projek pembangunan di bawah kawalan Jabatan; dan

Memberi nasihat perancangan kepada pihak Kerajaan serta sektor swasta.


Cawangan Penyelesaian:
Menyelesaikan pemilikan tanah adat melalui prosedur-prosedur undang-undang di bawah Bahagian V Kanun Tanah (Part V of the Land Code).


Cawangan Penilaian:
Menguruskan pengambilan balik tanah selaras dengan program pembangunan Kerajaan;

Mentaksir sewaan untuk pihak Kerajaan; dan

Memberi nasihat penilaian kepada agensi Kerajaan.


Cawangan Penguatkuasa:
Penguatkuasaan mengikut peruntukkan-peruntukkan Kanun Tanah ;

Pengawalan dan pengusiran setinggan di Tanah Kerajaan;

Menguruskan pendakwaan setinggan dan kesalahan lain;

Pengeluaran lesen pemindahan tanah, pasir dan batu-batan, dan pemunggutan royalti;

Mengambil tindakan ke atas pemindahan bahan batu secara haram;

Penguatkuasaan terhadap perlanggaran syarat hakmilik tanah;

Penguatkuasaan "Land Use Ordinance, 1997";

Perancangan dan pemantauan program penguatkuasaan di semua Bahagian;

Mengurus Unit Perhubungan Awam;

Publisiti positif melalui media;

Penerangan peranan Jabatan; dan

Mempertingkatkan hubungan baik dengan orang awam.



Melaksanakan program pengkomputeran;
Cawangan Sistem Maklumat:
Memastikan semua komputer dan peralatan/perkakasan berkaitan berjalan dengan lancar pada setiap masa;

Menyelaras belanjawan tahunan IT; dan

Menyediakan sokongan sistem dan aplikasi unmtuk LASIS.


Cawangan Pembangunan Sumber Manusia: Mengurus dan membangunkan sumber-sumber manusia ke arah mencapai visi, misi dan objektif Jabatan khasnya, dan Perkihdmatan Awam amnya; dan

Mengurus Perpustakaan Am Jabatan.


Cawangan Pentadbiran: Pentadbiran Jabatan; dan

Perakaunan.

1 ulasan:

star berkata...

Rupanya banyak jugak ye fungsi pejabat tanah ni mengikut cawangan.Setakat saya tahu ckit saja iaitu menguruskan tanah.Tu jer :)