terkini di pejabat-pejabat di sri aman
Memaparkan catatan dengan label Pejabat Residen. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pejabat Residen. Papar semua catatan
Rabu, 12 Disember 2007
Isnin, 3 Disember 2007
Fungsi Pejabat Residen
Fungsi Utama
- Merancang, melaksana, menyelaras, mengesan dan melapor projek-projek pembangunan;
- Melaksanakan tugas pentadbiran Bahagian yang merangkumi pentadbiran institusi masyarakat, perkhidmatan statutori, hal ehwal semasa masyarakat, dan lain-lain lagi;
- Melaksanakan tugas-tugas mengawal dan mengekalkan keamanan dan keselamatan Bahagian;
- Melaksanakan tugas-tugas sekretariat untuk upacara-upacara dan program-program Kerajaan;
- Mengurus hal-hal pentadbiran am, sumber manusia, harta, kewangan, perakaunan dan belanjawan Pentadbiran, Bahagian Sri Aman; dan
- Melaksanakan tugas Mahkamah Bumiputera dalam kapasiti sebagai Hakim Mahkamah Bumiputera di peringkat Mahkamah Bumiputera Residen (Resident's Native Court)
Khamis, 15 November 2007
gambar hadapan Pejabat Residen di Sri Aman
Ini adalah gambar hadapan Pejabat Residen di Sri Aman. Pejabat Residen telah berpindah ke Bangunan Pejabat Residen yang baru siap dibina di hadapan Komplek Kerajaan Negeri pada tahun 1994. Kini, Kubu Alice telah diambil alih oleh Muzium Sarawak dan dijadikan sebagai sebuah muzium mini.
Walaupun negeri-negeri lain dalam Persekutuan Malaysia telah menyingkirkan Sistem Residen , Sarawak masih mengekalkan sistem itu dengan sedikit perubahan. Residen sekarang tidak lagi berfungsi sebagai wakil Rajah yang memiliki kuasa dan protokol yang tinggi dalam pentadbiran negeri. Sebahagian besar tugas Residen ialah perancangan, pemantauan dan penyeliaan program-program pembangunan di sesuatu Bahagian.
Selepas pengisytiharan Betong sebagai Bahagian Betong pada 26.3.2002, Pentadbiran, Bahagian Sri Aman hanya mempunyai dua daerah iaitu Daerah Sri Aman dan Daerah Lubok Antu dan tiga daerah kecil iaitu Daerah Kecil Pantu, Daerah Kecil Lingga dan Daerah Kecil Engkilili.
Pada hari ini, pentadbiran Bahagian di Sarawak masih mengekalkan kedudukan Residen sebagai Ketua Pegawai Tadbir di peringkat bahagian manakala Pegawai Daerah di peringkat daerah.
Langgan:
Catatan (Atom)



