terkini di pejabat-pejabat di sri aman

Isnin, 3 Disember 2007

Majlis Daerah Sri Aman

Majlis Daerah Sri Aman merupakan sebuah Pihak Berkuasa Tempatan yang diberi kuasa di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 1971) untuk memberikan perkhidmatan kepada penduduk-penduduk di Sri Aman.


Berikut adalah fungsi/perkhidmatan Majlis Daerah Sri Aman:

*
Melesenkan dan mengawal pelbagai jenis perniagaan dan penjaja.
*
Mengadakan perkhidmatan kebersihan bandar dan menyediakan perkhidmatan pembuangan sampah-sarap, pembersihan longkang, parit dan jalanraya.
*
Menyediakan Kaunter Kutipan Hasil.
*
Mengindahkan bandar dengan menanam serta memelihara pokok-pokok bunga dengan lanskap yang menarik.
*
Memberi perkhidmatan kesihatan, kawalan makanan, kebersihan pusat jualan makanan dan pengawalan penyakit berjangkit.
*
Menyediakan dan mempertingkatkan kemudahan-kemudahan asas, menaiktaraf kampung dan menggalakkan kegiatan ekonomi yang berdaya maju.
*
Meyediakan kemudahan infrastruktur, taman permainan kanak-kanak dan taman rekreasi.
*
Memungut cukai-cukai pintu rumah di bandar dan di luar bandar.
*
Membina dan menyelenggara jalanraya, sistem perparitan dan saliran.
*
Menyediakan kemudahan-kemudahan awam seperti pasar, gerai, kompleks sukan, mini stadium, kolam renang, perhentian bas, perhentian teksi dan perpustakaan.
*
Mengurus Sistem Trafik.
*
Memberikan perkhidmatan Perpustakaan Bergerak ke sekolah-sekolah di luar bandar.
*
Menguatkuasakan Undang-undang Kuasa Tempatan.


Visi

Ke Arah Pembangunan Bandar Sri Aman Secara Berterusan, Terancang, Aman, Berbudaya dan Berertika.

Misi

Secara Bijaksana Berusaha Ke Arah Kecemerlangan Pembangunan Yang Berterusan, Terancang, Aman Dan Berbudaya.


Berusaha Secara Bijaksana
Berusaha secara bijaksana dalam penggunaan sumber-sumber dan gigih dalam perlaksanaan tugas bagi menunjukkan hasil kerja yang cekap, bermutu serta mampu memenuhi kehendak penduduk setempat.

Kecemerlangan
Cemerlang dalam aspek fizikal, kerohanian, pemikiran minda dan pembangunan budaya dan etika.

Terancang
Memainkan tanggungjawab utama dalam penyediaan rancangan kemajuan bagi panduan pembangunan fizikal, sosial dan ekonomi dengan memperindah dan pemeliharaan persekitaran dan identiti tempatan ke arah mewujudkan proses pembangunan yang teratur.

Aman
Bekerja dan berusaha untuk mewujudkan bandar kita bersih, sihat, ceria dan maju dengan kemudahan-kemudahan infrastruktur, rekreasi dan lanskap.

Tiada ulasan: