terkini di pejabat-pejabat di sri aman

Isnin, 3 Disember 2007

Jabatan Pengangkutan Jalan Bahagian Sri Aman

Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia merupakan salah satu dari jabatan di bawah Bahagian Darat Kementerian Pengangkutan Malaysia. Bertanggungjawab dalam menyediakan perkhidmatan kaunter untuk pelesenan kenderaan dan pemandu serta menguatkuasakan Akta Pengangkutan Jalan 1987 untuk memastikan pemandu yang berhemah dan kenderaan yang selamat. Selain itu , ia juga merupakan organisasi yang menyediakan perkhidmatan yang berkualiti tinggi, menguruskan pungutan hasil serta menguatkuasakan akta pengangkutan secara telus dan berkesan.

WAWASAN
-MEMACU KECEMERLANGAN DALAM PENGANGKUTAN JALAN '

MISI
-Memastikan pengangkutan jalan di Malaysia adalah selamat dan cekap serta memenuhi keperluan pelanggan dan negara


OBJEKTIF
-Mewujud dan mentadbir sistem pendaftaran dan pelesenan semua jenis kenderaan bermotor yang berintegriti, berkesan dan selamat
-Mewujud dan mentadbir sistem latihan , pengujian dan pelesenan pemandu yang berkesan bagi melahirkan pemandu kenderaan bermotor yang mahir , berdisplin dan berhemah
-Menguatkuasa dan mentadbir undang undang jalanraya bagi melahirkan pengguna jalanraya yang mempunyai budaya kepatuhan kepada undang-undang dan peraturan jalan raya
-Melaksanakan khidmat nasihat teknikal yang cekap bagi keperluan industri pengangkutan jalan raya

Tiada ulasan: