terkini di pejabat-pejabat di sri aman

Isnin, 3 Disember 2007

Jabatan Pembangunan Koperasi Bahagian Sri Aman Betong

Koperasi fungsi kewangan dan bank telah mempelopori perkembangan gerakan koperasi dalam sejak tahun 20an. Koperasi fungsi ini menjalankan aktiviti kewangan iaitu menyediakan pinjaman kepada anggota pada kadar faedah yang berpatutan. Aktiviti lain di bawah fungsi ini ialah pajak gadai Ar-Rahnu, pelaburan dan perkhidmatan insuran. Anggota-anggotanya adalah terdiri daripada mereka yang bergaji tetap terutamanya di sektor awam, badan berkanun dan swasta. Koperasi fungsi perkhidmatan adalah merupakan lain-lain koperasi yang melibatkan aktviti dan kegiatan selain daripada aktiviti yang berkaitan dengan fungsi kewangan, pengguna, perladangan, pengangkutan, perindustrian, pembinaan dan perumahan. Antara perkhidmatan yang dijalankan oleh koperasi fungsi ini ialah pengurusan dana, penyelenggaraan bangunan dan kawasan perumahan, sewaan bangunan/lot-lot gerai, pusat asuhan kanak-kanak, kelas komputer, pusat pembayaran bil dan seumpamanya.

Tiada ulasan: